Monday 17 November 2014

fettucini bolognese

holla.... 
hari ni saya nak share menu si pasta yang yummieh giler....

fettucini bolognese

bahan-bahan:
-setengah bungkus fettucini kimball
-sebotol sos spageti selasih bawang putih kimball seperti gambar bawah ni. Harganya rm4.20. Saya guna yang ni sebab rasa tomatonya sangat likat.
-bawang besar setengah biji.
-bawang putih seulas.
-lobak merah 3 inci
-sosej 3 batang
-cili padi 4 biji.
-garam,gula & perasa.
-tomato sebiji.
-marjerin planta sesudu.

cara-cara:
-rebus fettucini dengan 4 cawan air dan sesudu minyak masak.
-angkat bila kelihatan empuk. Fettucini lebih cepat empuk berbanding spageti.Anggaran masa rebus ialah 10-15 minit. Toskan.
-bagi kuah pula, saya tak guna minyak tapi saya gantikan dengan sesudu marjerin planta. Setelah marjerin cair, masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong kecil.
-masukkan lobak merah yang telah dipotong dengan bentuk separuh bulat.
masukkan sosej yang telah dipotong kecil.
-tuangkan kesemua sos spageti.
-kocakkan separuh botol air di dalam botol dan tuangkan ke dalam kuali.
-masukkan garam secubit, gula setengah sudu dan edikit rencah secukup rasa.
-setelah menggelegak, masukkan tomato.
-renehkan selama beberapa minit.
sos yang likat...yummieh..

Yummieh....sosnya likat,kan....sekarang siap! Senangkan....okayh....jom makan...itadaikimasss.... =) 





No comments:

Post a Comment